Wednesday, 30 April 2014
AYAM BAKAR BERSOS ALA ASAM KUNYIT
Askm buat pembaca yg berugama Islam semua. Hari ini tentu tengah tercari-cari menu untuk tengahari ni kan....Hari ini saya bagi tips menu iaitu AYAM BAKAR BERSOS ALA ASAM KUNYIT...
Bahan:
1 ekor ayam sederhana potong 18.
20 tangkai cili kering (rebus-kisar).
1 keping belacan saiz Kecil .
1 inci halia kisar.
4 batang serai hiris- kisar.
1 inci lengkuas kisar.
Gula merah ikut suka nk manis.
Sedikit garam.
Sedikit air asam jawa tuk kuah.
Hiasan:
20 helai daun kesom.
1 helai daun kunyit hiris halus.
6 helai daun limau purut hiris halus.
Cara-cara:
ayam dituskn airnya diatas kuali tuk kering
Sekejap saja.Boleh guna kuali.
Kuah:
Bahan kisar tumis smpai naik bau n minyak buh
Sedikit air asam jawa , gula merah dab garam.
Masak smpai pekat guna api kecil..proses lama
Sikit.Dah pekat angkat.
Sediakn kertas foil..susun ayam dan taburkn
Kuah tadi atas ayam dan tabur hirisan daun
Tadi.Balut masukkn dalam oven.
Bakar dlm 1 jam 180c ikut saiz oven..
Jika kurang masak tmbh 20 minit lg..
Selamat mencuba.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment